π¨π¦ Kerajaan Kanada mengarahkan TikTok untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan ini diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
π Penutupan ini menggunakan akta pelaburan Kanada yang membenarkan semakan pelaburan asing yang boleh membahayakan keselamatan negara. Keputusan ini berdasarkan maklumat dan bukti yang dikumpul sepanjang semakan serta nasihat dari komuniti keselamatan dan perisikan Kanada.
π₯ Walaupun operasi TikTok perlu ditutup, aplikasi masih boleh terus digunakan. Wakil TikTok Canada menyatakan bahawa penutupan operasi akan menyebabkan ratusan kakitangan kehilangan kerja.
πΊπΈ Di Amerika Syarikat, pentadbiran Presiden Biden juga memaksa ByteDance menutup perniagaan TikTok atau berhadapan dengan pengharaman aplikasi tersebut. Alasan yang digunakan adalah sama, iaitu risiko keselamatan negara.
βοΈ TikTok telah menyaman kerajaan atas arahan penjualan yang diberikan kerana didakwa melanggar hak kebebasan bersuara.